Salad Telur Rebus

Ramuan / Bahan

100 g daun salad
20 g ikan bilis
10 biji buah zaitun hitam
10 biji buah zaitun putih
3 biji tomato
2 biji telur rebus
1 biji bawang merah 1 biji cili benggala
3 sudu besar minyak zaitun
2 sudu kecil jus limau nipis
Sedikit serbuk lada sulah
Sedikit lobak merah
Garam secukup rasa

Cara-cara

Satukan semua bahan hingga rata. Masukkan dalam mangkuk salad. Letakkan telur rebus dan tomato di atasnya. Jika suka boleh dihidangkan dengan sos thousand island atau mayonis.