Salad Taugeh Bersama Minyak Bijan

Ramuan / Bahan

200 gm taugeh
3 ulas bawang merah (dihiris halus)
2 pokok daun bawang (dihiris halus)
1 batang lobak merah (dihiris halus) 4 camca kicap
1 camca minyak bijan
2 camca bijan (yang digoreng)

Cara-cara

Panaskan sedikit air dan celur taugeh serta lobak merah. Tuskan seketika.

Gaulkan bahan hirisan dan taugeh bersama kicap dan minyak bijan.

Akhir sekali, taburkan bijan yang telah digoreng ke atas hidangan salad.