Salad Rusia

Ramuan / Bahan

2 biji kentang (beratnya 250 gm)
1 batang lobak merah
½ biji timun, didadu
½ cawan kacang pis, dicelur dan biarkan ia sejuk 6 biji tomato ceri, dibelah-belah
1 cawan mayonis
Garam dan serbuk lada hitam secukupnya

Cara-cara

Kentang dan lobak merah dihiris kasar dan direbus berasingan hingga empuk. Sejat da dadu kedua-duanya. Gaul semua sayur-sayuran bersama mayonis. garam dan serbuk lada hitam. Tekan ia di dalam acuan dan sejukkan 1-2 jam sebelum dihidangkan.