Salad Nanas Dengan Ayam

Ramuan / Bahan

85 gm ayam
50 gm nanas - dipotong kiub
1 labu bawang besar - dipotong kiub
1 batang lobak merah kecil - dipotong kiub kecil (bahan hiasan)
3 biji buah zaitun yang masak - dipotong kiub kecil (bahan hiasan)
Sedikit daun pasli - dipotong kiub kecil (bahan hiasan) Sedikit nanas - dipotong kiub kecil (bahan hiasan)
3 sudu besar stok ayam - bahan perisa
2 sudu besar mayonis - bahan perisa
1 sudu besar serbuk kari - bahan perisa
Garam dan lada sulah secukup rasa

Cara-cara

Rebus ayam yang telah dipotong kiub tadi hingga masak. Angkat dan sejukkan. Campurkan dengan nanas dan bawang besar. Perisakan dengan stok ayam, mayonis, serbuk kari, garam dan serbuk lada sulah. Masukkan ke dalam nanas 'jambul' yang dibuang isinya. Taburkan dengan bahan cincang dan dipotong kiub kecil di atasnya.