Salad Kentang & Sayuran

Ramuan / Bahan

Bahan salad:
3 biji kentang (potong dadu sederhana besar)
1 jambak broccoli (potong sederhana)
1 jambak bunga kobis (potong sederhana)
1 batang lobak merah (potong 2cm bulat)
2 batang celery (potong 2cm panjang)
5 biji tomato ceri (dibelah dua)
10 keping snow peas
Bahan sos:
1 sudu besar lada hitam biji (ditumbuk)
1 cawan mayonaise rendah lemak
1 sudu besar jus lemon
Garam & Gula secukup rasa

Cara-cara

Rebus kentang hingga empuk dan tuskan airnya. Didihkan air dalam periuk yang lain. Campurkan 1 sudu teh garam dan 1 sudu besar minyak masak. Celur semua sayuran yang telah dibersihkan selama lebihkurang 8 minit dan tuskan. Basuh dengan air sejuk selama lebihkurang 2 minit dan tuskan airnya. Masukkan kesemua bahan kedalam mangkuk salad.

Untuk sos salad, campurkan semua bahan sos sehingga sebati dan campurkan kepada bahan salad. Gaul sebati dan siap untuk dihidangkan.