Salad Isi Ketam Dengan Mangga

Ramuan / Bahan

1 biji mangga
100 gm isi ketam
5 kelopak kubis cina
1 biji lobak merah
1 biji capsicum
3 tongkol jagung muda 1 biji timun
3 biji zaitun yang masak
1 biji tomato
Krim thousand island secukupnya
mangga, tomato hiris, limau nipis, daun salad, zaitun dan ulam raja - bahan hiasan

Cara-cara

Rebus isi ketam dan toskan airnya. Sayuran dihiris panjang kecuali buah zaitun dipotong kecil. Gaul isi ketam dengan krim thousand island. Letakkan campuran sayuran di dalam daun salad dan letakkan pula isi ketam di atasnya. Hias dengan hirisan mangga, tomato, limau nipis, zaitun dan daun ulam raja.