Salad Iftar

Ramuan / Bahan

450 g kentang, dibuang kulit dan didadu kecil
6 camca besar minyak masak
2 biji bawang merah, dicincang halus
2 batang saderi, dihiris halus
425 g kacang merah berkaleng, asingkan kuahnya dan dicuci bersih
1 camca besar perahan limau nipis 3 camca besar hirisan daun sup (daun bawang dan daun saderi)
150 g tomato, dihiris nipis
Daun salad secukupnya, dipotong sederhana besar.

Cara-cara

Rebus kentang di dalam air bergaram di dalam periuk di atas api sederhana. Panaskan dua camca besar minyak masak di dalam kuali. Tumis bawang merah bersama bawang putih dan saderi hingga ia lembut. Masukkan kacang merah bersama perahan limau nipis, daun sup, tomato daun salad. Kacau sebentar hingga ia sebati. Hidangkan.