Salad Campuran

Ramuan / Bahan

4 sudu besar minyak salad
1 sudu jus perahan limau kasturi
Sedikit garam
1 sudu kecil gula
½ biji oren - ambil isi dan dipotong
½ biji epal - dipotong panjang
¼ cawan kacang buah pinggang - rebus hingga empuk ½ batang lobak merah - dipotong panjang
½ batang timun - buang empulur dan potong panjang
4 biji kacang pis (jika suka kerana mempunyai bau yang kuat)
2 tongkol jagung muda - dihiris
4 helai daun salad
½ biji capsikum - dipotong panjang

Cara-cara

Satukan minyak salad, jus perahan limau kasturi, gula dan garam kacau rata. Alas mangkuk dengan daun salad isikan sayuran, buah-buahan dan kacang buah pinggang sejukkan. Curahkan campuran minyak salad apabila hendak dihidangkan.