Salad Ayam Tropika

Ramuan / Bahan

Sedikit lada hitam (dikisar halus)
Sedikit garam dan gula
4 keping isi ayam (dibersihkan)
1 biji mangga masak
8 biji tomato kecil
1 biji aprikot
1 biji lada benggala merah (dibelah dua dan dihiris nipis)
1 kaleng kecil nanas kiub 1 batang saderi (dipotong kecil)
75 ml krim masam
125 ml mayonis
2 camca teh rempah kari daging
½ biji lemon (diperahkan airnya)
½ cawan catni mangga manis
2 biji telur rebus (dibuangkan kulit dan dicincang halus)

Cara-cara

Lumurkan lada hitam, garam dan gula pada seluruh isi ayam.

Kukuskan ayam selama 10 minit sehingga ia masak, kemudian didadu sederhana besar dan ketepikan.

Mangga, betik dan tomato dibersihkan dan didadu sederhana besar.

Masukkan lada benggala bersama mangga, tomato kecil, aprikot, nanas dan saderi di dalam magkuk koktel. Taburkan daun bawang di atasnya.

Satukan krim masam bersama mayonis, rempah kari daging, perahan lemon dan catni mangga di dalam mangkuk kecil. Kacau sehingga ia sebati.

Masukkan ayam bersama telur rebus di atas bahan tadi. Masukkan campuran krim masam (dressing), kacau sehingga ia sebati. Taburkan baki daun bawang sebelum dihidangkan.