Salad Angsa Dua Sejoli

Ramuan / Bahan

425 gm kacang lima, disejat dan dijirus air lalu
425 gm kacang tunggak, disejat dan dijirus air lalu
1 biji cili merah, dibuang biji dan dihiris memanjang
1 biji cili cili hijau, dibuang biji dan dihiris memanjang
½ biji bawang besar, dihiris 1 ulas bawang putih, ditumbuk
1 camca besar ketumbar, di sangrai dan ditumbuk kasar
8 tangkai daun sup, diambil daun sahaja dan dihiris
3 camca besar minyak
1 biji limau nipis, diambil perahannya
Garam dan serbuk lada hitam secukupnya

Cara-cara

Satukan kacang-kacang, cili, bawang besar, bawang putih, ketumbar dan daun sup di dalam mangkuk. Ketepikan. Kacau minyak, perahan limau, garam dan serbuk lada hitam hingga sebati. Tuangkan campuran minyak ke dalam mangkuk berisi campuran kacang. Gaul semua bahan hingga rata. Tutup mangkuk dan biar 30 minit sambil dikacau sekali-sekala. Isikan salad di dalam sengkuang yang dibentuk seperti angsa.