Rendang Tauhu

Ramuan / Bahan

10 keping tauhu kuning
1 biji kelapa parut
1 batang serai (dititik)
2 helai daun kunyit
1 sudu teh gula
Sedikit garam 10 biji cili kering ]
6 ulas bawang merah ]
3 ulas bawang putih ] digiling
2 sudu besar udang kering ]
1.2 sm halia ]
1.2 sm belancan ]

Cara-cara

Tauhu digoreng kemudian dipotong dua tiga segi. Panaskan minyak dan tumis bahan giling hingga naik baunya. Kemudian masukkan santan, serai dan tauhu biarkan sampai pecah minyak. Bila hendak diangkat barulah masukkan daun kunyit yang telah dihiris halus.