Rendang Pucuk Ubi

Ramuan / Bahan

2 ikat pucuk ubi
20 biji cili padi
4 biji cili besar
1 biji kelapa (diambil santannya)
6 biji bawang merah
1 inci halia 2 helai daun kunyit
2 batang serai
50 gm ikan bilis
2 ulas asam keping
1 inci kunyit hidup
garam

Cara-cara

Cili padi, bawang merah, kunyit hidup dan garam ditumbuk halus. Masukkan ikan bilis dan tumbuk setengah hancur. Halia dihiris halus. Masukkan daun pucuk ubi ke dalam periuk bersama pati santan dan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi. Setelah menggelegak, masukkan daum kunyit, serai, asam keping dan garam secukupnya. Masak dengan api perlahan sehingga kering sedikit. Hiaskan dengan cili besar.