Rendang Pisang Muda

Ramuan / Bahan

3 kg pisang muda (dipotong nipis-nipis dan dicelur hingga empuk)
200 gm udang yang sederhana besarnya (dibersihkan)
1 liter pati santan
300 gm kerisik
150 ml minyak masak
Garam dan serbuk perasa secukupnya Bahan-bahan dikisar:
250 gm bawang besar
30 gm bawang putih
30 gm halia
20 gm lengkuas
40 gm kunyit hidup
50 gm cili kering
180 gm serai

Cara-cara

Panaskan minyak dalam kuali kemudian tumiskan semua Bahan-bahan kisar hingga garing, masukkan santan, gula, garam, serbuk perasa dan kerisik hingga pekat. Setelah itu masukkan pisang dan udang. Apabila sebati dan pekat, bolehlah diangkat.