Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Rendang Kacang Panjang alia

Ramuan / Bahan

300 g kacang panjang
500 g Hati ayam dan mempedal
1 peket rempah rendang Mak Siti
2 biji kelapa ( santan )
½ ulas halia ( dimayang )
2 keping asam keping 3 sudu cili giling
2 batang serai ( dititik )
3 biji bawang merah ( dimayang )
2 biji cili merah ( dipotong halus )
Garam dan serbuk perasa
Minyak masak

Cara-cara

Tumiskan bawang merah, serai,dan halia sehigga naik bau. Masukkan cili giling yang telah digaul dengan rempah rendang. Tumis sehingga wangi. Masukkan asam keping.Masukkan hati dan mempedal ayam, gaul hingga sebati. Biarkan ia kecut telebih dahulu. Masukkan santan kelapa.Apabila rendang separuh kering masukkan kacang panjang dan cili merah. Masukkan garam dan serbuk perasa dan masak sehingga rendang pecah minyak.