Buah Gorah

Ramuan / Bahan

400 gm tepung pulut
1 keping gula melaka
1 senduk gula pasir
1½ camca besar tepung gandum
1½ biji kelapa parut ½ cawan jus pandan
1 helai daun pandan
Secubit garam

Cara-cara

Untuk menyediakan intinya, ambil setengah biji kelapa, gula melaka, gula pasir, daun pandan dan 1 cawan air. Masukkan ke dalam kuali dan dijerang ke atas dapur. Kacau inti hingga cukup masak dan merengas. Angkat dan sejukkan. Bancuhkan tepung pulut dengan jus pandan dan air hingga lembut seperti bancuhan buah melaka. Ambil sedikit adunan sebesar ibu jari dan bulatkan. Tekankan tengahnya dan isikan dengan inti tadi. Kemudian bulatkan semula. Buat begini hingga selesai. Perah baki kelapa tadi. Ambil santan pekat anggaran dua mangkuk. Kemudian campurkan dengan tepung gandum dan sedikit garam. Jerangkan alat pengukus. Apabila alat pengukus telah panas, aturkan adunan tepung tadi dalam sebuah bekas yang tahan panas. Kemudian tuang santan dan kukus hingga masak.