Rebusan Nenas

Ramuan / Bahan

1 biji nenas separuh masak (dikupas kulitnya & dibuang mata-matanya)
900 ml air
125 gm udang kering (direndam,ditoskan & ditumbuk sedikit)
125 gm ikan masin (dipotong kecil-kecil) Bahan Giling:
125 gm bawang merah
3 camca lada sulah
1 camca garam
1.2 cm belacan (dibakar)

Cara-cara

Hirisan nenas bulat-bulat,Kemudian potong empat tiap-tiap hirisan tadi.
Campurkan air & bahan giling dalam sebuah periuk. Jerang atas api sederhana & biarkan hingga mendidih. Masaklah selama 5 minit.Kemudian masukkan udang & ikan. Kecilkan api & didihkan perlahan-lahan. selama 20 minit.Buangkan buaih-buih yang terbentuk dipermukaan kuah itu. Masukkan nenas. Masukkan selama 30 minit hingga empuk & kuahnya menjadi pekat. Rasalah garamnya & sesuaikan mengikut rasa. Hidangkan panas-panas dengan nasi putih & masakan-masakan lain.