Rampaian Sayur

Ramuan / Bahan

4 gulung popia goreng
169 gm daging dendeng
4 helai salad
4 sudu besar acar
4 ekor udang besar (dikukus)
4 sudu besar sos cili (ditabur hirisan cili padi) 1 keping dada ayam kukus (gaulkan garam, lada sulah, cili & sambal)
1 sudu besar sos cili
½ biji timun (dihiris halus)
¼ sudu kecil cili potong
Hirisan sayur campur (lobak merah, timun, bawang kecil & bawang putih)

Cara-cara

Untuk menghidang makanan ini supaya menarik, pilih pinggan cantik bentuknya. Setelah itu letakkan popia goreng yang dipotong serong, daging dendeng, dada ayam kukus, di atas susunan hirisan timun, acar berlapiskan salad, akhir sekali letakkan hirisan sayur campur yang diperap bersama sos cili, daun bawang & parsli cina. Kemudian bubuh udang di atasnya.