Pucuk Ubi Tumbuk

Ramuan / Bahan

Daun pucuk ubi
inci halia
Ikan bilis
Belacan
Garam
Ajinomoto
Gula
Air

Cara-cara

1. Pucuk ubi hendaklah ditumbuk bersama halia sehingga lumat.
2. Bersihkan pucuk ubi yang sudah ditumbuk di bawah air yang mengalir sehingga air berwarna hijau berkurangan.
3. Goreng ikan bilis.
4. Tambahkan sedikit belacan untuk memberi rasa dan bau yang lebih enak.
5. Masukkan pucuk ubi yang sudah ditumbuk dan dibersihkan.
5. Pastikan pucuk ubi yang digoreng tidak terlalu kering. Masukkan sedikit air sekiranya ia kelihatan kering.
7. Tambahkan sedikit garam, ajinomoto, dan gula.