Pucuk Ubi Masak Tempoyak

Ramuan / Bahan

5 ikat pucuk ubi (direbus dan dipotong-potong)
130 gm udang basah yang telah dibersihkan
2 liter pati santan
100 gm tempoyak
2 helai daun kunyit (dihiris halus)
Garam & serbuk perasa secukup rasa Bahan-bahan dikisar:
40 gm bawang besar
25 gm kunyit hidup
1 ikat serai
10 gm cili api

Cara-cara

Masukkan semua bahan-bahan di dalam periuk kemudian jerangkan di atas api yang sederhana sambil dikacau hingga mendidih dan pekat.