Pucuk Ubi Goreng

Ramuan / Bahan

Pucuk ubi
Ikan bilis
11 - 13 biji cili padi (boleh ditambah jika suka pedas)
Seulas bawang putih
2 ulas bawang merah
Sedikit air asam
Garam secukup rasa

Cara-cara

Tumbuk cili padi, bawang merah, bawang putih dan ikan bilis hingga lumat. Sementara itu rebus pucuk ubi ditoskan air dan dipotong ikut suka.

Kemudian panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang telah ditumbuk hingga gareng.

Setelah itu masukan air asam biarkan hingga mendidih. Akhir sekali masukkan pucuk ubi tadi dan garam secukup rasa. Gaul hingga sebati, angkat dan hidangkan.