Pucuk Paku Belacan Udang Kering

Ramuan / Bahan

½ kg pucuk paku
5 gm udang kering
3 biji cili merah, dikisar
3 ulas bawang putih, dikisar ¼ keping belacan
7 biji cili padi, dikisar
6 ulas bawang merah, dikisar
½ biji limau nipis, diperah ambil jus

Cara-cara

Petik pucuk paku dan ambil yang muda sahaja. Didihkan air dengan mencampurkan sedikit minyak, garam dan gula. Masukkan pucuk paku dan kacau lebih kurang 5 minit. Angkat dan rendam dalam air sejuk, kemudian tuskan. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga kekuningan. Perah limau nipis sebagai perasa. Angkat dan tuangkan ke atas pucuk paku yang telah siap diletakkan di dalam pinggan.