Pindang Daun Tey

Ramuan / Bahan

½ kilo daun tey (pucuk lembut bahagian atas)
1 biji kelapa
50 gm ikan bilis
2 ulas bawang kecil (dihiris) 2 keping asam gelugur
1 sudu besar cili padi (ditumbuk)
Garam secukup rasa

Cara-cara

Kelapa diperah untuk dapatkan 2 mangkuk santan. Santan dimasak atas api yang sederhana. Masukkan ikan bilis, bawang, cili padi, asam gelugur & garam. Kacau sehingga bahan-bahan tadi sebati & terbit minyak. Bila terbit minyak masukkan pucuk tey, kacau sehingga kering. Hidangkan bersama lauk- pauk lain.