Buah Gomak

Ramuan / Bahan

1 kampit tepung pulut
2 cawan tepung kacang hijau

Bahan untuk inti:
1 biji kelapa parut
1 keping gula melaka
200 gm gula merah
½ cawan air Tepung kacang hijau:
500 gm tepung hijau yang telah dibuang kulit, dibasuh dan ditoskan. Goreng tanpa minyak sehingga kemerahan. Sejukkan dan mesin sehingga halus. Kemudian diayakkan.

Cara-cara

Tepung pulut dibancuh dengan air sedikit demi sedikit sehingga sebati. Campur bahan tadi dan masak. Ambil sejemput tepung dan leperkan, bubuh inti dan ditutup semula kemudian dileperkan semula. Buat sehingga habis dan kukus. Setelah masak, angkat dan taburkan dengan tepung kacang hijau.