Peria Madu

Ramuan / Bahan

1 biji peria (dipotong kecil)
1 sudu besar madu
1 bungkus taufu telur (dipotong bulat)
3 putik jagung muda (dipotong kecil)
1 biji tomato (dipotong empat)
200 gm udang kecil 2 ulas bawang putih (dikisar)
3 ulas bawang merah (dikisar)
Sedikit air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara-cara

Masukkan taufu telur ke dalam minyak tumisan & biarkan sehingga kekuningan. Masukkan bawang putih & bawang merah & biarkan sehingga naik aroma sebelum dimasukkan air. Setelah mendidih, masukkan madu & udang. Disusuli peria, tomato & jagung muda. Setelah masak, masukkan garam. Angkat & hidangkan.