Peria Inti Daging

Ramuan / Bahan

150 gm daging (dikisar)
1 cm halia
2 biji buah peria
1 biji kelapa
6 ulas bawang putih
4 labu bawang merah 2 cawan rempah daging
½ cawan minyak
¼ cawan jintan manis
Garam secukup rasa
Bilah kelapa sepanjang 2 cm

Cara-cara

Bersihkan buah peria dengan memotong pangkalnya dan mengorek bijinya. Rendam buah peria di dalam air beras yang dicampur 1 sudu kecil garam selama 20 minit. Tumbuk atau mesin halia, bawang putih, bawang merah dan jintan manis. Gaul dengan rempah daging. Gaul daging bersama ramuan di atas dengan garam. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis daging. Masak hingga empuk. Ketepikan. Masukkan daging ke dalam buah peria. Apabila penuh, tutup peria dengan bahagian pangkal yang dipotong. Semat dengan bilah kelapa. Jerang santan di dalam periuk. Masukkan peria dan baki rempah yang tidak dapat dimasukkan ke dalam buah peria. Masukkan garam. Masak hingga empuk. Apabila menghidang pastikan lidi dicabut.