Peria Goreng

Ramuan / Bahan

2 biji peria
2 tahil udang hidup
3 biji cili merah 2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Garam, serbuk perasa secukupnya

Cara-cara

Peria dibersihkan dan dipotong kecil-kecil setelah itu diramas dengan sedikit garam, dibasuh serta toskan airnya. Udang dibersihkan serta dibuang kulitnya. Cili merah, bawang merah dan bawang putih ditumbuk hingga lumat. Panaskan minyak di dalam kuali kemudian tumiskan bahan yang telah ditumbuk tadi setelah itu masukkan pula udang, bila sudah naik baunya masukkan peria, kemudian tambahkan garam dan serbuk perasa secukupnya. Setelah masak bolehlah diangkat untuk dihidangkan.