Peria Bersumbat

Ramuan / Bahan

1 biji buah peria (dibuang biji dan dipotong bulat)
100 gm isi ketam
100 gm isi ayam (dicincang halus)
50 gm sohon
5 biji cendawan tin ½ sudu kecil gula
4 ulas bawang putih (dicincang halus)
½ sudu besar kicap sotong
1 sudu besar minyak masak
1 cawan air sup

Cara-cara

Isi ketam dan isi ayam digaul dengan sedikit kicap sotong. Kemudian sumbatkan di dalam buah peria, kukus sehingga masak.

Panaskan minyak di dalam kuali, goreng bawang putih, kemudian masukkan air sup.

Setelah air sup mendidih, masukkan sohon, cendawan, perasa, gula dan peria yang telah disumbat tadi. Biarkan seketika dan hidangkan ketika panas.