Pegaga Ikan Kering

Ramuan / Bahan

2 ikat pegaga
5-6 keping ikan kering
3 ulas bawang putih
3 cawan santan, daripada sebiji kelapa 10 tangkai cili padi atau 2 camca sedang cili kering ditumbuk
Garam secukupnya

Cara-cara

Masukkan ikan kering dan santan di dalam periuk. Tumbuk bawang bersama cili kering. Kemudian masukkan di dalam santan. Masak menggunakan api sederhana. Apabila mendidih masukkan pegaga dan garam. Kecilkan api dan biar hingga masak.