Pecal Terung Bersama Tempe

Ramuan / Bahan

4 keping tempe, dibakar dan dipecah-pecahkan
4 biji terung panjang, dibelah dua dan dibakar
Garam secukupnya
1 mangkuk santan pekat
1 camca sedang belacan bakar, dikisar lumat 2 camca sedang udang kering, dikisar lumat
3 tangkai cili merah, dikisar lumat
10 tangkai cili api, dikisar lumat
1 camca teh cekur

Cara-cara

Satukan bahan-bahan kisar, garam, tempe, terung dan santan di dalam periuk. Kacau hingga rata. Masak hingga mendidih. Angkat dan hidangkan.