Pecal Sayur

Ramuan / Bahan

1 ikat kangkung
1 cekak pucuk paku
1 cekak pucuk ubi
10 batang kacang panjang
150 gm taugeh (buang ekornya)
3 keping tauhu ] digoreng
3 keping tempe ]
2 biji telur rebus Bahan tumbuk:
2.5 sm belacan
10 biji cili kering
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 mangkuk kacang tanah (disangar)
Sedikit air asam
Sedikit minyak
Garam dan gula ikut rasa

Cara-cara

Semua sayur-sayuran dipotong-potong kemudian dicelur. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumbuk hingga pecah minyak.

Atur sayur, tauhu, tempe dan telur yang telah dipotong-potong ke dalam pinggan. Bila hendak dimakan barulah tuangkan kuahnya.