Pecal

Ramuan / Bahan

6 batang kacang panjang
6 batang kangkung
1 mangkuk kecil taugeh
2 keping tauhu kuning
1 biji telur rebus
2 sudu minyak Kuah kacang:
6-8 biji cili kering
1.2 cm belacan
4 ulas bawang merah
90 gm kacang tanah goreng
1 sudu asam jawa
Garam secukup rasa

Cara-cara

Sediakan sayur-sayuran: Rendam cili kering di dala air panas. Rebus telur,rendam dalam air sejuk,kupas kulit & potong pasak. Bersihkan semua sayur-sayuran.Cuci & tuskan dengan menggunakan tapis plastik. Masak air dalam periuk.Celur kacang panjang,kangkung & taugeh berasingan & tuskan. Panaskan minyak & goreng tauhu. Potong kepada kepingan-kepingan kemas. Mambuat kuah: Bakar belacan. Rendam asan jawa dalam 250 ml air seam.Perah & tapis airnya. Buang kulit kacang tanah & tumbuk.Tumbuk cili kering,bawang & belacan sampai lumat. Tambahkan air asam,garam & gula kepada campuran cili tadi & kacau. Kemudian masak hingga mendidih. Masukkan kacang tanah & biarkan sambal pekat sedikit. Apabila mendidih, tuang ke dalam mangkuk sos. Mengatur salad. Potong kacang panjang & kangkung sepanjang 2.5 cm. Aturkan sayur-sayuran yang telah dicelur ke dalam pinggan bujur. Hiaskan dengan telur yang dipotong pasak. Hidangkan dengan kuah.