Bombasari

Ramuan / Bahan

12 gm (¼ cawan) gula halus
115 gm (¾ cawan) tepung gandum
300 ml (1 ½ cawan) santan Pekat daripada ½ biji kelapa Secubit garam
½ camca teh esen pandan
2 biji pisang (raja atau jenis lain yang biasa).

Cara-cara

Bancuh gula, tepung, santan, garam & esen hingga sebati. Tapiskan ke dalam loyang 18 sm xx10 sm yang telah dilengser minyak. Potong isi pisang secara menyerong & nipis ke dalam bancuhan. Kukus 20-30 minit atau hingga keras . Biar sejuk sebelum dipotong.