Pajeri Nenas

Ramuan / Bahan

2 biji nenas
3 camca besar ketumbar serbuk
1 camca besar jintan putih serbuk
1 camca besar jintan manis serbuk
2 camca besar cili serbuk
1 camca besar kunyit serbuk
4 camca besar kerisik dibancuh dengan sedikit air
10 biji lada merah (dibelah-belah dibuang biji)
Halia sebesar ibu jari (dihiris nipis) 10 ulas bawang merah atau 3 labu bawang besar (dihiris)
10 ulas bawang putih (dihiris)
3 camca besar gula
5 biji bunga cengkih
2.5 sm kulit kayu manis (penumis)
5 biji buah pelaga
1 cawan minyak masak
Garam secukup rasa

Cara-cara

Nenas dipotong bulat dan dibuang mempulurnya. Rebus hingga masak tapi jangan terlalu lembik. Kemudian ditapis buang airnya. Panaskan minyak dalam periuk. Tumiskan bahan-bahan penumis dan bahan-bahan hiris. Kacau rata hingga kuning. Masukkan rempah sambil dikacau rata. Masaklah hingga naik minyak. Masukkan gula, nenas rebus dan cili merah. Masukkan garam secukup rasa.