Pajeri Nanas

Ramuan / Bahan

8 sudu besar minyak
10 tangkai cili merah
3 ulas bawang putih, ditumbuk
1 biji nanas dipotong-potong
4 tangkai cili hijau, dibelah dua
½ cawan air
5 sudu besar cuka
2 sudu besar gula
Sedikit kerisik
Garam dan serbuk perasa secukupnya

Cara-cara

Panaskan minyak, tumis cili merah dan bawang putih hingga garing.

Masukkan nanas, cili hijau, kerisik, air dan masak hingga pekat.

Masukkan cuka, gula, serbuk perasa dan garam. Kacau rata-rata dan angkat.