Paceri Bombay

Ramuan / Bahan

1 biji nenas yang sederhana besarnya
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit kulit kayu manis
Sedikit bunga cengkih
Sedikit bunga pelaga 1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
2 sudu besar gula
3 biji cili merah
Garam dan serbuk perasa secukup rasa

Cara-cara

Nenas dikupas kulitnya kemudian dibersihkan matanya dan dipotong bulat-bulat. Setelah itu direbus hingga mendidih, diangkat dan toskan airnya. Bawang merah dan bawang putih dimayang halus. Cili merah dibelah empat. Setelah itu pijarkan sedikit minyak di dalam periuk dan tumiskan kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga, bawang merah, bawang putih, jintan manis dan jintan putih. Setelah itu tambahkan 1/2 cawan air, garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa. Akhir sekali masukkan nenas serta cili merah. Kemudian masaklah sehingga mendidih.