Nanas Singgang

Ramuan / Bahan

1 biji nanas (dipotong dan dicelur)
3 biji cili merah (dipotong memanjang)
1 biji bawang besar (dihiris nipis)
1 cm halia (dihiris nipis)
5 ulas bawang putih (dihiris nipis) Serbuk kunyit
1 sudu besar udang kering (ditumbuk halus)
Cuka
Gula
Garam

Cara-cara

Panaskan minyak dan tumis halia, bawang putih dan bawang besar.

Masukkan udang, serbuk kunyit, cuka, gula dan garam.

Akhir sekali, masukkan nanas dan cili. Biar empuk dan angkat.