Masam Pedas Batang Keladi

Ramuan / Bahan

150 gm udang
2.5 cm belacan
4 cawan air
6 batang keladi
6 biji cili kering 3 labu bawang merah
2 tangkai daun kesum
4 keping asam keping
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

Cara-cara

Potong batang keladi sepanjang 3 cm dan buang kulitnya. Rebus hingga masak dan buangkan airnya. Tumbuk cili kering dengan bawang merah bersama belacan. Ricih udang dan basuh bersih-bersih. Jerangkan air dan masukkan udang bersama cili kering dan ramuan-ramuan lain. Apabila mendidih masukkan batang keladi, asam keping dan daun kesum. Masukkan garam dan gula.