Blotok

Ramuan / Bahan

Bahan-bahan Inti:
Minyak untuk menumis
1 biji bawang besar, dihiris halus
250 gm daging ayam, dicincang
2 biji kuning telur
1 batang daun sup
2 camca besar sos tomato
2 camca besar sos tiram
Garam secukup rasa Bahan-bahan Kulit:
600 gm keledek
Air untuk merebus
1 camca teh garam
150 gm tepung gandum
2 biji putih telur, dipukul sedikit
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara

Panaskan minyak, tumis bawang besar hingga layu. Masukkan ayam, kacau hingga masak. Masukkan bahan-bahan lain, kacau hingga telur masak. Angkat & biar sejuk.

Cara membuat kulit:
Rebus keledek bersama air & garam hingga empuk, kemudian lecek. Apabila agak sejuk, uli bersama tepung. Bulat-bulatkan sebesar ibu jari, masukkan inti & bentukkan seperti antan (anak batu giling). Celupkan blotok di dalam putih telur & digoreng hingga masak. Enak dimakan bersama sos cili.