Biskut Coklat (III)

Ramuan / Bahan

315 gm tepung naik sediri (diayak)
60 gm susu tepung
155 gm cooking chocolate
1 camca koko
1 cawan mentega atau majerin 1 cawan gula halus
3 biji kuning telur
½ camca garam
1 camca esen vanila

Cara-cara

Gaulkan tepung bersama-sama susu tepung & coklat. Putar mentega dengan gula & kuning telur rata-rata. Masukkan campuran tepung tadi. Apabila doh itu telah rata, bungkuskan dalam kertas berlilin atau beg politin. Dindingkan selama 3 jam. Torak di atas papan canai yang bersapu sedikit tepung supaya menjadi setebal 6 mm. Terap dengan penerap biskut. Aturkan di dalam sebuah dulang pembakar yang telah bersapu mentega. Cucukkan sedikit dengan garpu. Biarkan dalam ketuhar yang sederhana panasnya(425'F/220'c) hingga masak. Keluarkan & sejukkan. Simpankan di dalam sebuah bekas kedap udara jika tidak dihidangkan dengan segera.