Masak Tempoyak Daun Kayu

Ramuan / Bahan

3 helai daun kunyit
1 cekak daun pucuk ubi
4 helai daun pucuk kaduk
4 helai daun pucuk labu
4 helai daun semangun
20 ekor ikan bilis 20 tangkai cili padi
3 papan petai
3 batang serai
1 biji kelapa
2 senduk besar tempoyak
2 cm kunyit hidup

Cara-cara

Semua daun kayu dihiris halus seperti membuat bunga rampai. Petai dibelah dua dan serai dititik. Kelapa diperah, ambil santan pekat satu mangkuk. Cili padi dan kunyit ditumbuk atau digiling halus. Campurkan tempoyak, cili yang telah digiling, serai titik dan santan pekat. Kacau rata dan tambahkan ikan bilis. Masak dengan api sederhana. Apabila mendidih masukkkan petai dan daun-daun kayu yang telah dihiris tadi. Kacau hingga pekat, tambahkan garam secukup rasa, bila masak bolehlah dihidangkan.