Masak Lodeh

Ramuan / Bahan

300 gm udang putih
150 gm soohoon
150 gm kacang panjang
150 gm kacang buncis
1 biji kelapa
4 keping tauhu
10 keping tempe Bahan-bahan untuk menumis:
10 biji cili merah digiling halus
2 ulas bawang merah ] dimayang
2 ulas bawang putih ] halus
5 sm halia
1 sudu teh serbuk kunyit
Garam serta serbuk perasa secukup rasa

Cara-cara

Udang dibersihkan kemudian dibasuh serta toskan airnya. Tempe dan tauhu di potong kecil-kecil kemudian digoreng hingga kuning. Angkat dan ketepikan. Kacang panjang serta kacang buncis di potong kecil-kecil. Kelapa diperah ambil santannya anggaran 5 cawan. Panaskan 6 sudu minyak di dalam periuk kemudian tumiskan semua bahan yang telah dimayang tadi sehingga wangi. Kemudian masukkan cili sambil dikacau hingga agak garing. Setelah itu masukkan santan tadi bersama-sama serbuk kunyit serta udang. Biarkan hingga mendidih. Setelah itu masukkan tempe, tauhu, kacang panjang serta kacang buncis. Tambahkan garam secukup rasa. Bila telah cukup mendidih serta pekat kuahnya bolehlah diangkat. Untuk menyedapkan masak lodeh ini juga boleh dicampurkan dengan kubis, petai, soohon serta cili merah jika suka.