Masak Lemak Umbut Kelapa

Ramuan / Bahan

1 kg umbut kelapa
4 cawan santan, daripada 1 ½ biji kelapa
50 sen udang kering
6 biji bawang merah 4 ulas bawang putih
40 sen tauhu kering
2 bungkus suhun
Garam secukupnya

Cara-cara

Umbut kelapa dipotong kecil-kecil. Masukkan santan, udang kering, garam, bawang putih dan bawang merah yang ditumbuk lumat di dalam periuk dan didihkan. Apabila hampir mendidih baru masukkan tauhu kering dan suhun. Jika suka masukkan cili merah hiris.