Masak Lemak Nenas Manis

Ramuan / Bahan

1 biji Nenas masak
1 mangkuk Santan
200g Udang Kecil
5 btg Cili padi
Sedikit Ikan Bilis
Sedikit Garam & Gula
Minyak untuk menumis
Cili Merah untuk hiasan

Bahan Tumis:
1 biji Bawang Besar
5 ulas Bawang Kecil
2 ulas Bawang Putih

*Ketiga-tiga bhn dipotong & hiris

Cara-cara

1)Ambil nenas yg betul2 masak dan dipotong hancur.
2)Tumiskan kesemua bawang&cilipadi hingga naik baunya.
3)Masukkan ikan bilis bersama udang tadi.Gaul hingga rata.
4)Masukkan nenas dan kacau hingga 10minit,kemudian masukkan santan.
4)Biarkan hingga santan pecah minyak.Setelah itu,masukkan garam dan gula ikut rasa.
5)Hidang dan dihias dgn cili merah