Masak Lemak Cili Api Pucuk Ubi Tumbuk

Ramuan / Bahan

Daun pucuk ubi (ditumbuk - jgn terlalu halus)
terung rembang (tumbuk pecah - pecah shj)
umbut pokok kantan - jika tiada bunga kantan juga boleh digunakan) Cili api - ditumbuk
kunyit hidup - ditumbuk
sedikit ikan bilis
serai
santan
Garam

Cara-cara

Masukkan santan, cili api, kunyit hidup, ikan bilis, serai dan sedikit garam. Masak atas api yg sederhana.Bila sudah menggelegak masukkan daun pucuk ubi yg sudah ditumbuk,terung rembang, umbut bunga kantan. Masak sehingga daun pucuk ubi benar-benar masak.