Lobak Goreng Telur

Ramuan / Bahan

1 bungkus lobak masin, dan dipotong kecil
1 biji telur, dipukul
1 biji bawang besar, dihiris 4 batang cili hijau, dihiris
3 camca sedang minyak untuk menumis

Cara-cara

Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang besar hingga wangi. Masukkan lobak, cili hijau dan telur. Kacau hingga sebati. Angkat dan hidangkan.