Lemak Putih Sayur Ikan Kembung

Ramuan / Bahan

(A)
Bayam Hijau
Pucuk Labu
Pucuk betik
Kobis bulat
Kacang buncis
(semua sayur dipotong mengikut citarasa)
1 pkt So'on (B)
2 ulas bawang merah (tumbuk)
4 ekor isi ikan kembung (direbus dan tumbuk tanpa tulang)
1 biji santan kelapa
garam secukup rasa

Cara-cara

Campurkan bahan B dan renehkan diatas api sederhana. Kuah jangan terlalu cair Kacau hingga mendidih dan kemudian masukkan bahan A dimulakan dengan kobis, sayuran dan akhir sekali So'on. Masak sehingga sayur lembut.