Lawa Mangga

Ramuan / Bahan

½ biji mangga muda atau mangga masak atau bacang masak
1 ulas bawang merah
1 sudu teh lada hitam (ditumbuk lumat) 1 sudu besar ikan bilis atau udang kering (ditumbuk lumat)
Sedikit santan pekat.

Cara-cara

Mangga atau bacang dicincang halus memanjang. Tumbuk bawang merah, bersama ikan bilis atau udang kering. Masukkan mangga atau bacang ke dalam mangkuk besar dan campurkan bahan tumbuk, lada hitam dan sedikit santan. Bubuh garam secukup rasa dan gaul rata. Setelah itu bolehlah dihidangkan.