Labu Kuning Masak Lemak

Ramuan / Bahan

Bahan-Bahan

Labu Kuning
Ikan Masin
Santan
Air asam jawa
garam dan serbuk perasa Bahan Ditumbuk Halus

Ikan bilis
Bawang Merah
Bawang Putih
Halia
Kunyit
Cili padi
Minyak masak

Cara-cara

Panaskan minyak dan goreng bahan-bahan yang telah ditumbuk halus tadi hingga naik baunya. Kemudian masukkan ikan masin dan gaul rata. Masukkan santan dan biarkan ia sampai mendidih.
Selepas itu masukkan labu kuning, air asam jawa, garam dan serbuk perasa. Masaklah hingga labu kuning menjadi lembut.