Labu dengan Tepung Gandum

Ramuan / Bahan

600 gm labu air
600 gm daging
300 gm tepung gandum
10 gm jintan manis
85 gm rempah kari daging 1 biji kelapa
4 labu bawang merah
1 sudu besar minyak
Garam secukup rasa

Cara-cara

Uli tepung gandum sehingga sebati. Canai setebal 1/2 cm dan potong tepung serong-serong sebesar 1.5 cm x 1 cm. Jerang air dan apabila mendidih masukkan kepingan-kepingan tepung. Apabila tepung masak angkat dan toskan. Potong daging 2.5 cm persegi. Basuh dan toskan. Potong labu 2.5 cm x 1.5 cm. Basuh dan toskan. Bancuh rempah kari bersama secawan air. Jerang dalam periuk dengan api yang sederhana. Masukkan daging dan masak hingga empuk sambil menambahkan air apabila perlu. Masukkan labu dan kacau perlahan-lahan. Masukkan santan (pati dan kemancar) dan masak hingga mendidih. Masukkan kepingan tepung gandum yang telah dicelur. Kacau perlahan-lahan dan biar mendidih. Masukkan garam. Angkat dan ketepikan. Panaskan kuali. Tumis jintan manis bersama bawang merah yang telah dimayang. Goreng hingga tumisan menjadi kuning dan wangi. Tuangkan tumisan ke dalam labu. Kacau cepat-cepat dan tutup periuk supaya bau wangi tumisan tidak hilang.