Kubis Masak Rempah

Ramuan / Bahan

600 gm daging
600 gm kubis
1.5 cm halia
1 biji kelapa, diambil santannya
4 sudu besar rempah kari daging
1 sudu besar air asam jawa 1 sudu besar minyak
½ camca teh jintan manis
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 tangkai daun kari
Sedikit garam

Cara-cara

Hiris daging nipis-nipis.

Tumbuk bawang putih bersama halia.

Potong kubis dan mayang bawang merah.

Rebus daging bersama segelas air, rempah kari, bawang putih dan halia tumbuk.

Apabila daging empuk, masukkan santan dan kacau selama 10 minit.

Masukkan kubis dan kacau lagi.

Tumiskan bawang merah, jintan manis dan daun kari.

Tuangkan tumisan bersama minyak ke dalam masakan kubis. Kacau seketika dan tutup periuk supaya bau tumisan tidak hilang.